Kartel daging: Maqis serah SPRM siasat pegawai terlibat

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengalu-alukan tindakan penahanan dua pegawainya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah berhubung isu aktiviti penyeludupan daging sejuk beku.

Timbalan Ketua Pengarah Maqis, Dr Azhari Sharidan Abu Bakar berkata, pihaknya sama sekali tidak akan menghalang apa juga siasatan oleh pihak SPRM.

Iklan
Iklan

"Kalau anak buah saya bersalah, mereka akan dikenakan tindakan. Saya serahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

"Biar pihak SPRM jalankan tugas dan perkara itu masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai atau anggotanya yang dikesan terlibat dalam kes berkenaan.

Tegasnya, biar SPRM jalan tindakan mereka sebelum pihaknya menjalankan siasatan daripada aspek lain.

Iklan

Terdahulu, kedua-dua pegawai berusia 27 dan 31 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor pada Rabu bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada Isnin, seorang pengarah dan tiga pekerja sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku di sini direman empat hari.

Kesemua mereka yang direman itu berusia antara 39 hingga 50 tahun membabitkan pengarah, pengarah operasi, kerani syarikat sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku serta seorang lagi pengarah syarikat lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel daging: Dua Pegawai Maqis Johor direman lima hari