Banjir: JPJ ganti percuma dokumen kenderaan, lesen memandu hilang dan rosak

Iklan
JPJ

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantikan secara percuma dokumen pemilikan kenderaan dan lesen memandu milik mangsa bencana berkenaan yang hilang atau rosak.

JPJ dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, inisiatif yang berkuat kuasa serta-merta sehingga 15 April depan adalah antara langkah jabatan berkenaan untuk membantu masyarakat yang terkesan dengan bencana yang memberi impak ketara dari segi kesengsaraan ekonomi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dokumen berkenaan seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).

"Pemilik dokumen perlulah hadir sendiri dengan membawa dokumen yang rosak untuk mendapatkan salinan gantian.

Iklan

"Bagi dokumen yang musnah atau hilang, pemilik perlulah membuat laporan polis dan mengemukakan laporan polis itu sebagai bukti kehilangan bagi mendapatkan gantian dokumen baharu," katanya.

Dalam pada itu, JPJ turut mengaktifkan Mobile Unit JPJ bagi memudahkan masyarakat setempat mendapatkan perkhidmatan dengan lebih dekat, mudah dan selamat.

Iklan

"Mobile Unit JPJ ini akan ditempatkan di kawasan terpilih khususnya di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.

JPJ berkata, pihaknya turut memberi kelonggaran dari segi penguatkuasaan kenderaan yang membantu mangsa banjir.

Katanya, kelonggaran akan diberikan kepada mana-mana kenderaan perdagangan atau individu yang terlibat dalam operasi menyelamat dan membawa bekalan bantuan kepada mangsa banjir di PPS atau bilik gerakan sehingga situasi banjir reda dan terkawal.

"Dalam menyokong usaha kerajaan menangani fenomena banjir ini, JPJ di seluruh negara telah diarahkan untuk melaporkan kesiapsiagaan dalam menghulurkan bantuan dalam bentuk tenaga, sumber manusia ataupun gerakan aset-aset kenderaan JPJ sekiranya bersesuaian,” katanya.

Sehubungan itu, JPJ amat prihatin terhadap masyarakat yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.

"Kami dan warga kerja mendoakan agar semua mangsa banjir diberikan keselamatan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.