Dua lelaki didakwa liwat OKU

Iklan
Tertuduh, Sulaiman Mokhtar, 32,turut mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan melakukan seks diluar tabii dan meliwat mangsa OKU di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis. Gambar kanan: Penolong Pegawai Undang-Undang, Muhamad Asri mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis.

KUALA TERENGGANU - Seorang Penolong Pegawai Undang-undang di Jabatan Bantuan Guaman dan rakannya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan meliwat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU), tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Asri Remeli, 37, dan rakannya, Sulaiman Mokhtar, 32, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadap mereka yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa berusia 21 tahun antara jam 8 dan 11 malam di sebuah bilik hotel di daerah ini pada 8 Febuari 2018.

Mengikut pertuduhan kedua pula, kedua-dua tertuduh didakwa meliwat mangsa OKU bisu dan pekak pada waktu, tempat dan hari sama dengan pertuduhan pertama.

Iklan

Bagi kedua-dua pertuduhan, kedua- dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kesemua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Iklan

Mahkamah seterusnya menetapkan 1 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen dan membenarkan kedua- dua tertuduh dibebaskan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Selain itu, mahkamah juga menetapkan beberapa syarat tambahan wajib iaitu Muhamad Asri perlu melaporkan diri di Balai Polis Kuantan, manakala Sulaiman di Balai Polis Pekan pada setiap 1 dan 15 hari bulan sehingga kes selesai.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian menimpa mangsa yang juga seorang OKU pekak dan bisu.

Kejadian hanya diketahui ibu mangsa selepas menerima mesej daripada bekas guru anak istimewanya itu memaklumkan mengenai video mengaibkan yang tular di laman sosial.

Difahamkan, suspek berkenalan dengan mangsa yang ketika kejadian berusia 18 tahun di sebuah stesen bas ketika mahu membeli vape yang dijual remaja berkenaan.