MAFI perkenal TreksBPS, pantau pengedaran benih padi sah
Iklan
Ronald melakukan gimik pengenalan TrekBPS pada Program Agihan Benih Padi Sah dan Ziarah Peladang Negeri Perak di Perkarangan IADA Seberang Perak, Chenderong Balai pada Selasa.
PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memperkenalkan sistem Trek Benih Padi Sah (TrekBPS) bagi memantau aktiviti pengedaran benih padi sah.
Sistem tersebut akan digunakan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang secara rasmi menjadi ejen tunggal bagi pengedaran benih padi sah.
Iklan
Iklan
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pendekatan baharu yang diperkenalkan itu akan membantu pesawah mengatasi masalah ketiadaan benih dan harga benih padi sah.
"Hari ini kita lancarkan sistem TrekBPS. Melalui sistem ini, beg benih padi tidak boleh ditukar dan dijual melebihi harga siling RM35 yang ditetapkan.
Iklan
"Pendekatan ini diperkenalkan bagi memastikan pesawah dilindungi dan mendapat benih padi yang sah. Harga yang sedia ada tidak boleh ditukar dengan adanya sistem ini," katanya kepada pemberita selepas Program Agihan Benih Padi Sah dan Ziarah Peladang Negeri Perak di Pekarangan IADA Seberang Perak, Chenderong Balai, di sini pada Selasa.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria dan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik.
Iklan
Sementara itu, Pengarah Bisnes Sektor Awam NAFAS, Saripol Baharin Karim menjelaskan sistem TrekBPS itu merupakan sebuah platform digital bagi mengesan aktiviti dan semua transaksi kewangan yang berlaku bermula dari pengeluar kepada ejen sah sehingga kepada penerimaan pesawah sebagai pengguna akhir.
Katanya, sistem tersebut mempunyai ciri keselamatan dengan menggunakan kod QR atau tag Near Field Communication (NFC) yang dicadangkan SIRIM.
"Melalui sistem ini juga, agen atau Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) boleh membuat tuntutan subsidi selepas beg benih padi sah diterima pesawah. Seterusnya, Agrobank akan membuat pembayaran kepada NAFAS berdasarkan jumlah benih padi sah yang dibeli pesawah.
"Kesemua transaksi dibuat secara langsung bagi memastikan tiada ketirisan maklumat yang berlaku dan dapat mengelakkan penyelewengan kuantiti, harga dan kualiti jenis benih padi sah," katanya.
Sementara itu, Ronald turut mengadakan Ziarah Peladang dengan bertemu beberapa peladang yang berjaya memperoleh hasil tertinggi di Dewan IADA Seberang Perak, Parit 12, Labu Kubong dan Parit 13 A, Sungai Manik.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>