Laluan LPT1 KM84.6-84.7 dan KM113 masih ditutup
Iklan
KUANTAN - Laluan di Kilometer (KM) 84.6 hingga 84.7 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dekat Lanchang di kedua-dua arah masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan pada Selasa.
Anih Berhad menerusi kenyataannya memaklumkan, turut ditutup sepenuhnya ialah laluan di KM113 (Lanchang) susulan kenaikan air sejak jam 9 malam pada Isnin.