Kerjasama UMNO, Bersatu tidak beri kelebihan
Iklan
Muhyiddin, Ahmad Zahid
SHAH ALAM - Kerjasama yang terjalin antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat tidak memberi kelebihan kepada parti UMNO dalam Kabinet.
Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, UMNO wajar mendapat tempat yang lebih dalam Kabinet berikutan mempunyai ahli yang ramai berbanding parti lain.
Iklan
Iklan
"Sedangkan UMNO mewakili 45 wakil dalam Parlimen mendapat jawatan dalam Kabinet yang tidak sewajarnya. Terutamanya yang selalu ditimbulkan ialah jawatan Timbalan Perdana Menteri yang sewajarnya diberi kepada UMNO dan Menteri Kanan.
"Walaupun kita ada seorang Menteri Kanan tetapi banyak (jawatan) memegang portfolio penting telah dipegang oleh Bersatu,” katanya pada Isnin.
Iklan
Mustapha
Selain itu, beliau berkata, majoriti ahli Pas juga mendapat tempat di Kabinet walaupun mempunyai bilangan kerusi yang rendah jika dibandingkan dengan UMNO.
"Jika dilihat Pas hanya ada 18 kerusi di Parlimen iaitu hampir semua orang mendapat tempat,” tambahnya.
Iklan
Dalam pada itu, mengulas mengenai usul menolak kerjasama dengan Bersatu, beliau menyarankan agar menunggu sehingga keputusan diumumkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan datang.
Beliau berkata, keputusan itu terserah kepada Jawatankuasa Usul UMNO Malaysia sama ada mahu menerima tanpa bahas atau diterima untuk bahas.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>