Banjir di Kota Tinggi: 13 laluan ditutup

Iklan
Beberapa laluan di bandar Kota Tinggi yang dinaiki air pada Isnin.

KOTA TINGGI - Sebanyak 13 laluan di daerah ini ditutup kepada semua kenderaan sejak jam 9 pagi Isnin berikutan dinaiki air setinggi kira-kira 0.5 hingga 1.2 meter.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dalam kenyataan pada Isnin berkata, laluan yang ditutup ialah Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran kubu (1.0 meter), Jalan Kota Tinggi-Mersing Batu 16 (0.8 meter) dan Jalan Kota Tinggi-Mersing di RISDA (0.85 meter).

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, turut ditutup ialah Jalan Kota Tinggi-Kluang di Arked Mara (0.7 meter), Jalan Lok Heng/ Mawai/ Sungai Mas di Jambatan Sungai Semalok (1.0 meter), Jalan Tai Hong (0.7 meter) dan Jalan Tai Hong berhampiran kampung (1.1 meter).

"Selain itu Jalan Tun Sri Lanang (0.9 meter), Jalan Semanggar di Jambatan (1.2 meter), Jalan Mawai Lama (0.6 meter), Jalan Kampung Kelantan/ Kampung Panti (0.6 meter) dan dua laluan di Jalan Sungai Telor (1.7 meter dan 1.2 meter) turut ditutup," kata kenyataan berkenaan.

Iklan
Iklan