KM198 LPT1 dinaiki air, laluan ditutup kepada semua kenderaan

Iklan
Keadaan lauan di KM198 LPT1 yang dinaiki air sedalam 0.6 meter dan ditutup kepada semua kenderaan pada Ahad.

KUANTAN - Laluan Lebuh Raya Pantai Timur 1(LPT1) di Kilometer 198 kedua-dua arah antara persimpangan bertingkat Sri Jaya, Maran dan persimpangan bertingkat Gambang di sini ditutup kepada semua kenderaan pada Ahad.

Ia berikutan laluan tersebut dinaiki air sedalam kira-kira 0.6 meter membabitkan laluan sepanjang lebih kurang satu kilometer berikutan hujan lebat yang berterusan.

Iklan
Iklan

Pemegang konsesi LPT1, Anih Berhad menerusi kenyataannya memaklumkan, pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur dinasihatkan menangguhkan perjalanan buat sementara waktu.

"Pihak syarikat turut menasihatkan pengguna mengikuti perkembangan berhubung perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur," menurut kenyataan itu.

Iklan

Beberapa kawasan di negeri berkenaan dilaporkan mula dinaiki air ekoran hujan lebat sejak Sabtu.

Beberapa laluan dilaporkan turut dinaiki air termasuk Jalan lama Kuantan-Maran berhampiran Bukit Gambang Resort di sini.

Iklan

Bagaimanapun belum ada kenyataan rasmi berhubung penutupan laluan tersebut dan beberapa laluan lain.