32 mangsa banjir dipindahkan di Maran

Iklan
Sebuah treler terperangkap dalam kejadian banjir di kawasan Kampung Jara, Kuala Sentul, Maran pada Jumaat. - Foto JBPM Pahang

KUANTAN - Seramai 32 mangsa banjir daripada lapan keluarga di Kampung Jara, Kuala Sentul, Maran dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Ara selepas banjir melanda kampung itu sejak Jumaat.

Sebanyak 11 rumah dinaiki air akibat limpahan air Sungai Ulu Jempol ekoran hujan lebat bermula 31 Disember lalu.

Iklan
Iklan

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Maran dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 11 keluarga terlibat dalam kejadian banjir tersebut bagaimanapun hanya lapan keluarga dipindahkan.

Menurutnya, mangsa terdiri daripada 16 dewasa, 12 kanak-kanak, dua bayi, seorang orang kurang upaya (OKU) dan seorang warga emas.

Iklan

Katanya, agensi berkaitan telah turun padang bagi membantu mangsa terjejas.

"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba menggerakkan anggota membantu memindahkan mangsa ke PPS.

Iklan

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyelaras mangsa di PPS, manakala Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Jara turut berperanan membantu memindahkan mangsa dan menyelaras maklumat awal," katanya.