Geng Kecik Benut tumpas
Iklan
KLUANG - Polis berjaya menumpaskan geng curi kenderaan dikenali Geng Kecik Benut berikutan penahanan dua lelaki yang juga anggota kumpulan itu, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, dua lelaki tempatan berumur 26 dan 56 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Simpang Renggam dan Pontian.