Tanah runtuh: Pengguna di daerah Petaling berdepan gangguan air

Iklan
Foto 123RF

SHAH ALAM - Sebanyak 43 kawasan di daerah Petaling dijangka berdepan gangguan bekalan air susulan insiden sambungan paip bersaiz 1,000 milimeter yang terputus pada Selasa.

Menerusi satu kenyataan pada Selasa, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, sambungan paip berkenaan terputus disebabkan oleh kejadian tanah runtuh.

Iklan
Iklan

Katanya, kerja-kerja pembaikan telah dimulakan oleh Air Selangor, namun jangkaan proses berkenaan siap sepenuhnya tidak dapat dipastikan lagi buat masa ini.

"Paip ini mengagihkan bekalan air ke Damansara Utama, Seapark dan Seaport.

Iklan

"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa berhubung insiden ini," menurut kenyataan itu.

Gangguan bekalan air itu merupakan insiden kedua selepas Isnin kerana sebelum itu Air Selangor turut memaklumkan mengenai kejadian paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di sini.

Iklan

Insiden berkenaan menyebabkan beberapa kawasan sekitar daerah Klang, Shah Alam dan Petaling dilaporkan berdepan gangguan air bagi melancarkan kerja-kerja pembaikan berkenaan.