Jangan percaya maklumat ibadat haji 2021
Iklan
Syed Saleh
SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) pada Selasa menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan maklumat berkaitan pelaksanaan ibadat haji 2021M/1442H yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Pengarah Eksekutif (Haji) TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, TH juga masih belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan urusan ibadat haji pada tahun depan dari pihak berkuasa Arab Saudi.
Iklan
Iklan
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pengurusan kanan TH dijangka akan mengadakan mesyuarat Menteri Haji Arab Saudi dan Menteri Agama Arab Saudi pada awal tahun hadapan.
"TH akan mengumumkan keputusan perbincangan dan kesepakatan yang akan diambil oleh pemimpin kedua-dua negara berkaitan perkara ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Iklan
Tambah Saleh, mesej dipercayai tular selepas Muzakarah Haji yang telah diadakan secara dalam talian (Webinar) selama tiga hari bermula 21 Disember lalu.
Mesej yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp itu mengandungi butiran haji tahun hadapan termasuk jadual penerbangan, tarikh wukuf, kuota jemaah, kos haji yang didakwa meningkat, serta prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti kerana penularan Covid-19.
Iklan
Orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919 untuk sebarang pertanyaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T04:09:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P282S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt16xy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt16xy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt16xy"></script>