Pihak berkuasa perlu tangani segera isu daging import haram
Iklan
Andansura Rabu
KUANTAN - Pihak berkuasa di negeri ini diminta mengambil langkah segera berhubung isu kartel daging haram import ketika ini.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, ia bagi memastikan isu itu tidak berlaku di negeri ini selain mengekang penularan perkara-perkara tidak diingini dan boleh menjejaskan keharmonian hidup rakyat.
Iklan
Iklan
"Produk daging halal ini merupakan bahan masakan harian di kedai-kedai makan di mana ramai peniaga menggunakan daging import untuk hidangan kepada pelanggan.
"Jadi isu ini menuntut tindakan serius agensi terbabit selain segera umumkan nama-nama syarikat-yang dikenal pasti tidak menggunakan daging yang halal," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Penyerahan Bantuan Khas Skim Bantuan Am Kerajaan Negeri di Pusat Khidmat DUN Beserah, Balok, di sini pada Isnin.
Andansura berkata, terlalu banyak jenama daging import di pasaran dan dibimbangi ia boleh menjejaskan syarikat pembekal lain yang tidak bersalah.
Iklan
"Ada pengilang tempatan yang beroperasi dengan baik dan mengutamakan pematuhan halal namun terkena tempias jika kartel terlibat tidak didedahkan kepada umum dengan segera,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Penguat kuasa korup guna kod rahsia 'daging karpet merah’
Daging import haram dijual secara online
Kartel tukar daging haram jadi halal
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lujnah Pekerja dan Kepenggunaan Pas Pusat berkata, penguatkuasaan untuk memantau, pemeriksaan dan penyeliaan ke atas semua pemegang permit import daging daripada luar untuk pasaran negeri Pahang juga perlu segera dijalankan.
"Kita rasa negeri Pahang juga tidak dapat lari daripada isu ini. Justeru, perhatian serius perlu diberikan dengan tindakan segera yang lebih tegas.
"Langkah ini perlu bagi melindungi umat Islam daripada menggunakan produk daging import meragukan dan melindungi pengusaha-pengusaha daging tempatan," katanya.
Tambah beliau, sejak isu itu didedahkan media, ia disusuli pula dengan beberapa lagi siri laporan pembongkaran dan reaksi daripada pelbagai pihak yang ditokok tambah dengan maklumat palsu dan mengelirukan di media sosial.
"Kita bimbang isu ini disensasikan dengan maklumat tidak tepat dan ditularkan di media sosial hingga mengelirukan pengguna.
"Kita menyambut baik langkah beberapa agensi terlibat dalam rantaian perbekalan daging ini yang tampil memberi jaminan dan kesediaan meningkatkan kawal selia yang lebih ketat atas perkara berkaitan," katanya.
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.