Aliran trafik di lebuh raya lancar pagi ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara setakat jam 11 pagi ini, bergerak lancar dan terkawal walaupun jumlah kenderaan meningkat berikutan cuti panjang sempena perayaan Krismas yang akan disusuli cuti umum tahun baharu, minggu depan.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata, aliran trafik di kedua-dua arah berjalan lancar dan terkawal.