UniSZA terbit artikel bantu cegah penularan Covid-19
Iklan
Hassan Basri (tengah) bersama pengamal media yang hadir pada majlis minum petang bersama Sahabat Media UniSZA 2020 di Permai Hotel pada Khamis.
KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya mengeluarkan tujuh artikel berkaitan wabak Covid-19 yang boleh dimanfaatkan dalam dunia perubatan negara bagi mencegah penularan penyakit berjangkit itu.
Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, hasil kajian itu diperoleh daripada Aplikasi Penilaian Risiko Covid-19 dan Pengawasan Kesihatan Kendiri (CHaSe) yang dibangunkan universiti berkenaan.
Iklan
Iklan
"Artikel dan kajian ini berkaitan simptom Covid-19 serta trend yang ada dalam Covid-19.
"Kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pasukan perubatan selain sebagai pengetahuan kepada masyarakat dan kerajaan dalam mencegah Covid-19,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada majlis minum petang bersama Sahabat Media UniSZA 2020 di Permai Hotel di sini pada Khamis.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor UniSZA (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dr Kamarul Syukri Mat Teh.
Iklan
Kira-kira 70 pengamal media di Terengganu hadir pada majlis itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.
Hassan Basri berkata, selain kejayaan mengumpulkan artikel penting berkaitan Covid-19, UniSZA turut merancang mewujudkan Pusat Kajian Penyakit Berjangkit yang dilengkapi makmal dan kemudahan lain.
Katanya, Fakulti Perubatan UniSZA yang diketuai dekannya sendiri sudah menghantar kertas kerja berhubung perkara itu dan pihaknya sedang meneliti cadangan tersebut termasuk kos yang diperlukan.
"Kita tahu penyakit berjangkit ini tidak akan terhenti di sini, akan ada kes-kes baharu pada masa akan datang.
"Setakat yang dibentangkan sekarang, pembinaan pusat kajian ini memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>