Lenyapkan 'Melaka Darul Jem'
Iklan
Mohd Sofi menunjukkan gambar jejantas baharu yang dibuka kepada pengguna di persimpangan MITC sejak beberapa hari lalu.
MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka mahu membina tiga jejantas baharu di lokasi persimpangan strategik dan laluan utama bagi menangani kesesakan lalu lintas di negeri ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, setakat ini terdapat lima lokasi penting yang memerlukan jejantas penguraian trafik namun dua daripadanya telah pun siap dibina iaitu jejantas persimpangan MITC serta Peringgit dengan kos pembinaan kira-kira RM280 juta.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihaknya akan memohon peruntukan supaya dapat dimasukkan dalam pembentangan belanjawan yang akan datang seterusnya misi utama untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar dan melenyapkan istilah 'Melaka Darul Jem.'
"Dua persimpangan telah pun siap dibina, termasuk jejantas persimpangan MITC yang dijangka siap sepenuhnya 11 Februari dan kedua-dua laluan itu telah pun dibuka serta digunakan pengguna dalam tempoh ujian.
Iklan
"Kedua-dua jejantas ini telah dapat memendekkan perjalanan ke bandar lebih kurang lima minit dan satu yang positif dalam masa yang sama kita tetap berharap Kerajaan Pusat dapat meluluskan peruntukan bagi pembinaan tiga jejantas penguraian trafik seterusnya," katanya.
Mohd Sofi berkata, antara lokasi pembinaan termasuk berdekatan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan di hadapan Masjid Al-Azim Bukit Baru selain mahu cadangan projek ‘inner ring road’ dan ‘outer ring road’ diteliti bagi membantu penguraian kesesakan lalu lintas.
Iklan
"Saya juga sedang merancang untuk mengadakan 'flag-off' yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari sebagai simbolik merasmikan jejantas penguraian di kedua-dua lokasi itu," katanya.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.