KUALA LUMPUR - Pandangan tokoh ulama dunia, Shaykh Abdallah Shaykh Al-Mahfoudh Bayyah mengenai vaksin Covid-19 adalah antara kandungan utama majalah khas yang bakal diterbitkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Zulkifli berkata, Shaykh Abdallah yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu menghuraikan penggunaan vaksin itu dalam kalangan umat Islam secara tuntas menurut empat mazhab.