Gunung Baling terbakar

Iklan
Asap di bahagian Gunung Baling kelihatan daripada bawah

BALING - Sebahagian kawasan Gunung Baling terbakar petang ini.

Penduduk Kampung Bawah Gunung yang dikenali sebagai Rahmah,50-an, berkata, kejadian disedari selepas dia selesai solat Asar di rumah kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Iklan
Iklan

"Selepas solat, makcik nak ke kedai, tengok-tengok asap sudah berkepul-kepul di atas Gunung Baling.

"Daripada pagi tadi ramai yang mendaki, tak tahu sebab apa terbakar," katanya.

Iklan

Ketika ini pasukan Bomba Baling dibantu malim gunung telah memulakan pendakian untuk operasi memadam kebakaran.



Iklan