[VIDEO] Najib, keluarga zahir penghargaan kepada kerajaan

Iklan
Najib bersama Rosmah menyiram air mawar di pusara ibunya yang selamat disemadikan dan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, hari ini.
 Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan penghargaan keluarganya kepada kerajaan di atas keputusan untuk menganugerahkan Istiadat Pengebumian Negara kepada ibunya, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Beliau berkata, penganugerahan itu disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa kepada seluruh ahli keluarganya.

Iklan
Iklan

"Penganugerahan ini akan menjadi kenangan manis kepada keluarga Tun Razak," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai Istiadat Pengebumian Negara Tun Rahah di Lingkaran Makam Pahlawan di Masjid Negara hari ini.

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.45 petang semalam. - Bernama

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Rahah meninggal dunia

Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara

Iklan

Jenazah Tun Rahah selamat disemadikan di Makam Pahlawan