Raja Permaisuri Agong berangkat ke Istiadat Pengebumian Negara Tun Rahah

Iklan
Solat jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Istiadat Pengebumian Negara, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Negara pada Sabtu.

Keberangkatan tiba baginda pada kira-kira jam 2 petang disambut isteri Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sebelum diiring ke bilik menunggu sementara menanti ketibaan jenazah.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba di masjid berkenaan pada jam 2.10 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara

Iklan

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Tun Rahah

Turut kelihatan, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Iklan
Anggota tentera mengusung jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi hari ini.
Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah akan dibawa ke Masjid Negara bagi Istiadat Pengebumian Negara. Jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara.
 - Foto Bernama

Hadir sama beberapa menteri Kabinet antaranya Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Tun Rahah, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court petang Jumaat.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi untuk dimandikan dan dikafankan serta diberikan penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Masjid Negara. - Bernama