Maut gara-gara vape meletup

Iklan
William Eric Brown mengalami kecederaan parah di leher dan meninggal dunia selepas dua hari dirawat di hospital.

AUSTIN - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dari Texas meninggal dunia selepas rokok elektronik atau vape yang dihisapnya di dalam kereta meletup secara tiba-tiba.

William Eric Brown disahkan meninggal dunia selepas dua hari dirawat di hospital.

Iklan
Iklan

Laporan perubatan mendedahkan, pemuda berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan parah di bibir serta organ dalaman lehernya.

Kejadian tragis itu berlaku 27 Januari lalu di kawasan parkir sebuah kedai vape di Fort Worth.

Iklan

Menurut nenek mangsa, letupan vape tersebut terlalu kuat sehingga beberapa komponen di dalam kereta tersebut cair.

Setakat ini belum diketahui jenis peranti vape yang digunakan Brown sehingga menyebabkan letupan tersebut.

Iklan

Bagaimanapun, Pasukan Bomba AS percaya letupan itu berlaku akibat bateri yang ada pada vape berkenaan.

Menurut kajian yang diterbitkan Tobbaco Control, terdapat lebih 2,000 kes letupan vape yang menyebabkan kecederaan serius di Amerika Syarikat dari tahun 2015 hingga 2017. - Agensi