PGA rampas 2,352 tin arak seludup

Iklan
Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kerana membawa 2,352 tin arak seludup pelbagai jenama dalam sebuah kereta di Taman Nusantara, Gelang Patah, Iskandar Puteri pada Isnin.

ISKANDAR PUTERI - Anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua individu yang membawa 2,352 tin arak seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM57,000 dalam sebuah kereta di Taman Nusantara, Gelang Patah di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tempatan itu ditahan pada jam 2.20 petang.

Iklan
Iklan

"Suspek masing-masing berusia 27 dan 28 tahun berkenaan menaiki sebuah kereta Proton Persona ditahan ketika melalui Jalan Nusaria, Taman Nusantara.

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan arak tidak bercukai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Katanya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Johor lupus RM2.5 juta rokok, arak seludup

Iklan