Rundingan agihan kerusi UMNO, BN hampir selesai: Annuar
Iklan
Annuar Musa
KUALA LUMPUR - Rundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 antara UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN), telah selesai hampir 90 peratus.
Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa berkata, tiga pusingan rundingan telah dilakukan di bawah Jawatankuasa Rundingan, diketuai Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung perkara berkenaan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata UMNO juga telah mengadakan dua rundingan bersama Pas, yang telah mencapai kira-kira 60 hingga 70 peratus kesefahaman.
"Kami telah bersetuju yang 55 kerusi yang dimenangi UMNO tidak akan ditandigi Pas, dan 18 kerusi dimenangi Pas tidak akan ditandingi UMNO.
Iklan
"Jika terdapat kerusi yang mana kedua-dua kalah, tetapi UMNO mendapat undi yang lebih banyak, maka UMNO akan bertanding, dan sebaliknya,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Annuar berkata, BN telah bersetuju supaya rundingan bersama Bersatu disegerakan, bagi mencapai kata sepakat berhubung kerusi yang akan ditandingi. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid
 Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T07:39:43.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalavm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalavm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalavm2"></script>