Penggodam disokong kerajaan asing curi data perbendaharaan AS

Iklan
Foto 123RF

MOSCOW - Kumpulan penggodam yang didakwa disokong oleh kerajaan asing telah mencuri data dari Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan Pentadbiran Telekomunikasi dan Penerangan, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Reuters.

Reuters pada Ahad, memetik sumber, menyatakan pelanggaran tersebut mendorong Majlis Keselamatan Negara mengadakan mesyuarat di Rumah Putih pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Pentadbiran AS menyedari laporan ini dan kami mengambil semua langkah diperlukan untuk mengenal pasti dan mencari jalan untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul berkaitan dengan situasi ini," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Ullyot.

Firma keselamatan siber AS FireEye pada Selasa berkata, pihaknya menjadi sasaran serangan siber oleh negara yang mempunyai 'kemampuan serangan yang tinggi' tetapi belum dikenal pasti.

Iklan
Iklan

Firma itu akan terus bekerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan. - Bernama