Serangan pengganas di India: PDRM tidak terima laporan
Iklan
Abdul Hamid - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kes penceramah kontroversi Dr Zakir Naik, yang dikatakan terlibat dalam rancangan serangan pengganas di India.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.
Iklan
Iklan
"Setakat ini, PDRM belum menerima apa-apa laporan rasmi (Dr Zakir Naik terlibat serangan pengganas di India) dan pihak saya sentiasa memantau sebarang perkembangan mengenai pengganas.
"Selama ini, PDRM sering mendapat kerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang dari negara luar yang lain, dalam usaha menangani isu-isu keselamatan negara,” katanya kepada Bernama hari ini.
Iklan
Abdul Hamid berkata, rekod PDRM dalam usaha menangani apa jua bentuk ancaman pengganas adalah terbukti baik.
Hari ini, dalam satu laporan media antarabangsa mengatakan badan perisikan negara itu diketahui telah memintas transaksi kewangan penting yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan, selain turut didakwa mengatur serangan yang mungkin dilakukan di sebuah bandar di sana (India).
Iklan
Laporan itu juga menyebut serangan mungkin akan dilakukan satu kumpulan yang diketuai seorang wanita, pada beberapa minggu akan datang. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T04:09:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P282S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt16xy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt16xy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt16xy"></script>