Tular gambar solat Jumaat di Masjid Putra: Menteri Agama ucap tahniah
Iklan
SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menzahirkan ucapan tahniah kepada warga Masjid Putra, Putrajaya termasuk pengurusannya yang bukan sahaja komited, malah memberi penekanan dalam mematuhi aspek Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) ketika menunaikan solat Jumaat, semalam.
Beliau menerusi Facebook dan Twiter memaklumkan telah menerima kiriman gambar-gambar suasana solat Jumaat di Masjid Putra yang tular semalam dan mendapat pujian di media antarabangsa.