Pakai pelitup muka rompak rumah guru
Iklan
Banglo di Kota Sri Aman, Kubang Kerian di Kota Bharu yang dipecah masuk hari ini. Gambar kecil: Abdul Rahim
KOTA BHARU - Tiga penjenayah memakai pelitup muka dan bersenjatakan batang besi bertindak merompak seorang guru wanita selepas memecah masuk ke sebuah banglo di Kota Sri Aman, Kubang Kerian di sini hari ini.
Kejadian berlaku pada jam 4 pagi ketika mangsa berusia 37 tahun itu berada di rumah bersama anak perempuan berusia 11 tahun dan adik ipar perempuan berusia 21 tahun.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek yang tidak dikenali mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas yang dipakai.
"Suspek memakai pelitup muka, manakala salah seorangnya bersenjatakan sebatang besi berwarna merah selain bertutur loghat Kelantan.
Iklan
"Suspek kemudian mengambil beg tangan bersama kunci kereta jenis Perodua Viva berwarna kelabu milik mangsa dan melarikan diri dengan kereta itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, perompak mengambil barangan kemas, wang tunai berjumlah RM1,100 dan dua telefon serta kad bank mangsa.
Iklan
"Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati suspek memecah masuk melalui tingkap bahagian belakang rumah kerana terdapat beberapa kesan umpilan pada tingkap tersebut.
"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kerugian belum dapat dipastikan,” katanya.
Menurutnya, polis kini giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes berkenaan bagi membantu siasatan.
"Kereta yang dilarikan turut dijumpai semula di satu kawasan di daerah Bachok.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan senjata,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>