Malaysia perlukan undang-undang anti lompat parti
Iklan
Datuk Seri Akhbar Satar
KUALA LUMPUR - Malaysia perlu menggubal satu undang-undang berkaitan anti lompat parti bagi mengatasi 'pandemik politik' dalam negara, kata Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar.
Beliau berkata, kes-kes lompat parti yang kerap berlaku dalam kalangan wakil rakyat di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak boleh lagi dibiarkan berterusan kerana ia menggugat kestabilan kerajaan.
Iklan
Iklan
"Selain itu, perbuatan lompat parti itu juga akan membawa kepada amalan rasuah,” katanya dalam satu program wawancara di saluran berita Astro Awani hari ini.
"Apabila mereka melompat dari satu parti ke parti yang lain, ia juga boleh membawa kepada tumbangnya sebuah kerajaan yang memerintah dan mereka melakukan ini kerana mereka dibayar untuk melakukannya," katanya.
Iklan
Akhbar berkata, berdasarkan ‘Global Corruption Barometer 2020’ yang dijalankan oleh Transparency International (TI), ahli Parlimen adalah antara kumpulan yang paling terdedah kepada rasuah.
"Sekiranya ahli politik dipandang sedemikian rupa dan dilihat sebagai mereka yang memiliki standard serta integriti yang rendah, ini mencerminkan keadaan negara hari ini dan juga generasi masa depan," kata Akhbar yang merupakan bekas Presiden TI-Malaysia dalam wawancara yang diadakan sempena Hari Anti Rasuah hari ini.
Iklan
Beliau seterusnya berkata, undang-undang mengenai dana politik bagi ‘semak dan imbang’ risiko rasuah dalam kalangan ahli politik yang telah lama diperdebatkan, juga perlu digubal segera, tanpa bertangguh lagi.
Akhbar berkata, undang-undang sedemikian akan menjadi cara yang berkesan untuk membendung penyalahgunaan kuasa dan pendanaan politik yang tidak terkawal.
"Kita mendapati ada sebahagian besar sumbangan dana politik dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Ini adalah perbuatan keji dan pecah amanah. Kita memang amat memerlukan Akta Pembiayaan Politik ini," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>