3,100 pelajar baharu IPT terima RM1,000 daripada Yayasan Bank Rakyat
Iklan
Noraini (kanan) bersama Wan Junaidi (dua dari kiri) dan Nazir Hussin (kiri) ketika di majlis penyerahan BAP 2020 kepada IPT di Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR - Lebih 3,100 pelajar baharu di 13 institut pengajian tinggi (IPT) terpilih untuk menerima Bantuan Awal Pengajian (BAP) secara ’one off’ sebanyak RM1,000 seorang daripada Yayasan Bank Rakyat.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, beliau dimaklumkan bahawa inisiatif tersebut akan memberikan keutamaan khusus kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan atau keluarga B40.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) amat menghargai usaha baik yang dilakukan Yayasan Bank Rakyat melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM3.1 juta bagi bantuan tersebut.
"KPT amat mengalu-alukan dan menghargai usaha yang dilakukan oleh Yayasan Bank Rakyat ini.
Iklan
"Saya berharap bantuan permulaan ini dapat menjadi pemangkin bagi para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian yang dicita-citakan,” katanya ketika berucap pada Majlis penyerahan BAP 2020 itu di sini hari ini.
Noraini ketika berucap di majlis penyerahan BAP 2020 kepada IPT di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.
Iklan
Sementara itu, Noraini berkata, kerajaan sedia maklum akan kepentingan pelaburan modal insan khususnya melalui strategi pengajian tinggi.
Beliau bagaimanapun berkata, keupayaan kerajaan untuk memberikan akses kepada semua yang berkelayakan adalah terhad disebabkan oleh kos yang sangat tinggi.
"Oleh demikian, model penyediaan pendidikan di peringkat pengajian tinggi perlu dipelbagaikan. KPT sentiasa komited mencari ruang dan peluang untuk membantu memudahkan khususnya urusan para pelajar dalam menjalani pengajian mereka.
"Bagi merealisasikan perkara ini, kita amat terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana agensi khususnya dalam aspek penajaan pendidikan atau dalam bentuk seperti peluang latihan industri, penyelidikan dan perkongsian kepakaran,” katanya.
Justeru, beliau berharap agar lebih banyak pihak akan tampil dan mencontohi jejak langkah Yayasan Bank Rakyat dalam menyantuni golongan yang memerlukan khususnya masyarakat luar bandar.
"Keterlibatan sektor korporat, swasta dan syarikat berkepentingan kerajaan dalam hal ini amatlah dialu-alukan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>