Bersatu belum terima titah menghadap Sultan Perak
Iklan
Ahmad Faizal Azumu
IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak belum menerima titah untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.
Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya tidak menerima titah secara rasmi dari pihak Istana sepertimana yang dilaporkan oleh media massa.
Iklan
Iklan
"Bersatu Perak ingin menjelaskan bahawa sehingga kini Bersatu masih belum memohon untuk menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung isu pelantikan Menteri Besar Perak.
"Dalam pada itu, Bersatu Perak juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak menerima titah untuk menghadap baginda secara rasmi daripada pihak istana sepertimana dilaporkan oleh media massa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Pagi tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mengesahkan sudah menghadap Sultan Perak di Istana Kinta hari ini diikuti pimpinan Pakatan Harapan iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Parti Amanah Negara Perak, Datuk Asmuni Awi.
Bagaimanapun, mereka mengesahkan tiada sebarang nama calon menteri besar daripada PH dikemukakan kepada baginda Sultan.
Iklan
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan bahawa parti itu sudah mendapat sokongan majoriti bagi melantik Menteri Besar Perak yang baharu.
ARTIKEL BERKAITAN: PH tak nyata pendirian sokong UMNO jadi MB
ADUN Titi Serong sudah menghadap Sultan Perak
Sultan Perak titah semua ADUN Bersatu, Pas menghadap
UMNO sudah cukup majoriti lantik MB: Ahmad Zahid
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>