Peruntukan kepada Motac lulus melalui undi belah bahagian

Iklan
Antara reaksi ahli-ahli Parlimen ketika undian belah bahagian bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa pada Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat melulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi undi belah bahagian.

Ia selepas lebih 15 orang wakil rakyat daripada pembangkang bangkit bagi meminta undi belah bahagian selaras dengan perkara 46 Peratus Mesyuarat Dewan Rakyat.

Iklan
Iklan

Proses tersebut mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum keputusannya diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menerusi undian 109 bersetuju dan 96 tidak serta 15 ahli Parlimen tidak hadir.

Sebelum itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukti ketika sesi penggulungan berkata, pihaknya sedang berusaha membantu sektor pelancongan susulan kesan pandemik Covid-19.

Iklan

Katanya, pada ketika ini pihak kementerian sedang melihat potensi pelancongan melalui gelembung perjalanan dengan negara yang berada pada zon hijau.

"Ini yang boleh digunakan Malaysia untuk membuka semula aktiviti pelancongan rentas sempadan dengan cara selamat dan sistematik. Antara pendekatan yang sedang diterokai kementerian termasuk destinasi dan pulau-pulau.

Iklan

"Urusan perjalanan ini pula diuruskan sepenuhnya oleh syarikat agensi pelancongan berlesen," katanya.