Gadis cari bapa jadi wali nikah
Iklan
Juhari Che Ngah
KUALA TERENGGANU - Seorang gadis memohon bantuan orang ramai mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pada majlis perkahwinanya yang dijadualkan berlangsung pada Februari nanti.
Nur Alissa Umairah Juhari, 22, dari Kampung Pulau Kambing di sini berharap bapanya, Juhari Che Ngah, 60, dapat ditemui segera agar majlis pernikahannya dengan jejaka pilihan berjalan lancar.
Iklan
Iklan
Menurut Nur Alissa Umairah, dia sekeluarga tidak tahu di mana Juhari berada sekarang selepas meninggalkan ibunya kira-kira 10 tahun lepas.
"Kali terakhir saya jumpa ayah ketika berumur 12 tahun, selepas ayah pergi kami terputus hubungan kerana dia tidak pernah pulang atau hubungi kami.
Iklan
"Saya ada pergi ke Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) bagi mengesan alamat terkini ayah tapi dimaklumkan ayah masih menggunakan alamat rumah nenek di Pulau Kambing.
"Kami sekeluarga cuba hubungi telefon bimbitnya tapi nombor itu sudah tidak digunakan lagi, saya kini buntu untuk mencari ayah sedangkan tarikh perkahwinan semakin dekat,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Iklan
Sehubungan itu, Nur Alissa Umairah berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Juhari dapat menghubunginya di talian 011-11923477.
"Saya harap supaya dapat temui ayah dan menjadi wali pernikahan saya,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>