'Tenang, jangan buat spekulasi' - Saarani
Iklan
Saarani Mohamad
IPOH - UMNO Perak meminta semua pihak supaya bertenang dan tidak membuat andaian berhubung perkembangan proses pembentukan kerajaan negeri.
Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya memandang serius pelbagai spekulasi dan khabar angin berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan di luar saluran parti berhubung senario politik negeri itu.
Iklan
Iklan
"Semua pihak diminta supaya bertenang dan tidak membuat andaian berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat tanpa bersandarkan keputusan rasmi parti.
"Sehubungan itu, sebarang kenyataan rasmi parti berhubung perkembangan proses pembentukan kerajaan negeri hanya akan dikeluarkan melalui pejabat Pengerusi UMNO Perak,” katanya.
Iklan
Kemelut politik dalam pembentukan kerajaan negeri berlaku selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa meletakkan jawatan selepas gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya yang dibentangkan di sidang DUN Jumaat lalu.
ARTIKEL BERKAITAN UMNO sedia kerjasama PH bentuk kerajaan di Perak
'Jangan terlalu cepat rai penyingkiran saya'
Saarani hadir mesyuarat khas MT UMNO malam ini
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>