Projek PR1MA: KPKT sasar selesai hutang pada 2023
Iklan
Zuraida ketika menjawab pertanyaan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.
KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan semua hutang bagi projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang dibatalkan dapat diselesaikan pada 2023.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, daripada 32 projek dibatalkan, 17 projek diberikan pampasan berjumlah RM172 juta meliputi prapembangunan, kos kerja, faedah atas kelewatan dan sebagainya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bagi beberapa lagi projek lain ia masih lagi dalam perundingan.
"Kita berjaya menurunkan dalam 30 peratus daripada jumlah tuntutan. Untuk yang lain-lain, kita tidak minta lagi peruntukan daripada kerajaan Pusat dalam menguruskan hutang dan pembiayaan seterusnya.
Iklan
"Kita akan menggunakan tanah produktif untuk membuat rumah-rumah baharu dan bekerjasama dengan Jabatan Perumahan Nasional, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan sebagainya untuk model perniagaan pelbagai bagi memaksimumkan apa yang kita ada bagi mengurangkan kerugian serta membawa keuntungan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan tambahan Chow Kon Yeow (PH-Tanjong) mengenai peruntukan telah dibelanjakan bagi projek PR1MA yang dibatalkan bagi menyelesaikan segala bebanan hutang serta tanggungjawab kepada pemaju dan pembeli sehingga kini.
Iklan
Dalam pada itu, Zuraida berkata, sebanyak 94 projek telah ditandatangani antara PR1MA dan pihak kontraktor pada 2013 hingga 2018 akan diteliti serta diperhalusi semula dengan kelulusan Anggota Perbadanan PR1MA.
Katanya, PR1MA telah melaksanakan Pelan Rasionalisasi Projek PR1MA iaitu sebarang projek dengan peratus kemajuan pelaksanaan 15 peratus dan ke bawah hendaklah ditangguh serta perlu dikaji semula.
"Hasil pelaksanaan pelan itu, sehingga November 2020 Anggota Perbadanan PR1MA melalui Mesyuarat Anggota Perbadanan PR1MA memutuskan untuk meneruskan 62 projek serta telah dan akan membatalkan 32 projek,” katanya
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>