[DIKEMASKINI] 'Tak perlu lompat, kita tubuh kerajaan baharu'

Iklan
Arafat menafikan akan melompat menyertai UMNO sebaliknya mendakwa bakal ada pengumuman mengenai pembentukan kerajaan baharu esok

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad menafikan mesej tular mendakwa beliau akan melompat parti menyokong UMNO membentuk kerajaan negeri di Perak.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak dalam satu mesej ringkas kepada Sinar Harian menjelaskan perkara itu tidak benar sama sekali.

Iklan
Iklan

"Tak betul, tak perlu lompat," katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan bahawa kerajaan Perak akan dibentuk dalam masa terdekat dan satu pengumuman khas akan dibuat oleh pimpinan di peringkat pusat berhubung situasi politik terkini di Perak.

Iklan

"Insya-ALLAH kita (Pakatan Harapan) akan tubuh kerajaan baharu. Esok mungkin ada pengumuman daripada Pusat," jelasnya yang enggan mengulas koalisi pembentukan kerajaan Perak yang baharu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu mesej yang tular di aplikasi Whatsapp bahawa ADUN PKR itu kononnya bersedia untuk melompat menyokong Menteri Besar Perak daripada UMNO.

Iklan

Mesej itu juga memaklumkan bahawa Pengerusi UMNO Perak merangkap ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sudah mempunyai 27 ADUN yang menyokong dan hanya menantikan tiga ADUN dari Pas bagi mendapatkan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, angka ADUN Perak yang dipercayai sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Saarani sebagai calon menteri besar baharu negeri itu, kini meningkat daripada 15 kepada 26 orang.

Seorang ADUN UMNO enggan dinamakan berkata, setakat ini, kesemua 25 ADUN UMNO sudah menandatangani SD menyokong penuh Saarani menerajui kerajaan baharu Perak kelak, meskipun pada peringkat awal hanya 15 orang sahaja menandatanganinya.

Lebih menarik, seorang ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang sebelum ini mengambil keputusan keluar parti lama bagi menyokong pelantikan semula Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sewaktu 'Langkah Sheraton', bulan Februari lalu, turut mengambil tindakan sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Sidang DUN Perak tidak dapat diteruskan tanpa MB, 4 Exco

UMNO sedia kerjasama PH bentuk kerajaan di Perak