Tesco tawar 3,000 barangan di Shopee

Iklan
Pelbagai jenis produk Tesco ditawarkan di platform Shopee.

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) telah meningkatkan penawaran sebanyak 200 item di kedai rasminya di Shopee menjadikan bilangan keseluruhan produknya berjumlah lebih 3,000 barangan.

Ini merupakan inisiatif susulan usaha kerajaan dalam menggalakkan orang ramai untuk kekal di rumah kerana kebanyakan rakyat Malaysia sedang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Iklan
Iklan

Pengarah Produk Tesco, Kenneth Chuah berkata, 200 item paling popular yang ditambah di kedai rasmi Tesco di Shopee ditentukan melalui data pengguna dan trend pembelian daripada rangkaian 62 cawangan fizikalnya di seluruh negara.

"Barangan berkenaan merangkumi makanan dan minuman, mainan dan lampin bayi, produk penjagaan dan kesihatan diri, peralatan storan rumah, perabot kecil dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Chuah berkata, Tesco juga telah mempertingkatkan penawaran elektroniknya dengan membawa masuk beberapa jenis model Microsoft Surface Go 2 dan Microsoft Surface Pro 7 dengan harga selepas diskaun masing-masing bermula daripada sekitar RM2,899 dan RM4,149.

Kenneth Chuah

"Tesco juga menambah penawaran di kedai rasminya di Shopee dengan pelbagai jenis gajet Samsung seperti Samsung Galaxy A31, Samsung Galaxy S10 Lite, Samsung Galaxy S20+, Samsung Galaxy Fold dan banyak lagi pada harga yang berpatutan,” katanya.

Iklan

Menurutnya, dengan meningkatkan penawaran di kedai Tesco di Shopee, pelanggan dapat membeli barangan keperluan harian secara selamat dari rumah dalam waktu yang tidak menentu.

"Kerjasama dengan Shopee ini membolehkan Tesco menawarkan yang terbaik kepada pelanggan di Sabah dan Sarawak kerana kami belum mempunyai kehadiran secara fizikal di sana,” katanya.

Beliau berkata, Tesco juga akan menawarkan diskaun hingga 50 peratus di kedainya di Shopee semasa 12.12 Jualan Ulang Tahun platform e-dagang tersebut yang sedang berlangsung hingga 12 Disember 2020.

Katanya, untuk pembayaran yang lebih lancar sepanjang kempen, pengguna boleh menambah nilai akaun ShopeePay mereka agar tidak terlepas tawaran atau produk terhad yang cepat terjual.