Menangis terima panggilan video
Iklan
Linda menangis selepas menerima panggilan video daripada bapanya sebaik tiba di KKIA, Kota Kinabalu semalam.
KOTA KINABALU - Seorang pelajar tidak dapat menahan air mata apabila menerima panggilan video daripada bapanya ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Linda Tiri, 15, antara 84 pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat tajaan Kumpulan Yayasan Sabah yang tiba dari Semenanjung selepas lebih sebulan sekolah ditutup ketika pandemik Covid-19 melanda negara.
Iklan
Iklan
Linda yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Menengah (P) Sultan Ibrahim, Johor, berkata, sudah hampir setahun dia tidak pulang ke Sabah berikutan pandemik Covid-19.
"Saya bersyukur kerana dapat juga pulang ke Keningau hari ini (semalam) selepas 11 bulan tidak berjumpa keluarga.
Iklan
"Memang rindu sangat dan gembira akhirnya dapat berjumpa dengan keluarga," katanya yang sedang menunggu dijemput bapanya di KKIA di sini semalam.
Sementara itu, seorang lagi pelajar, Mark Ryan Yap, 15, berkata, selepas sekolahnya Victoria Institution, Kuala Lumpur ditutup, dia dan beberapa rakan dari Sabah ditempatkan di Wisma Yayasan Sabah di Ampang sebelum dibenarkan pulang semalam.
Iklan
"Ini kali kedua saya dapat pulang ke Sabah, namun selepas penutupan sekolah baru-baru ini, kami ditempatkan di Wisma Yayasan Sabah selama lebih sebulan dan menjalani kehidupan sama seperti di asrama di sekolah," katanya.
Ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang mereka lalui sepanjang perjalanan pulang, Mark berkata, mereka perlu melalui pelbagai prosedur yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kami perlu melakukan ujian calitan dua hari sebelum penerbangan dan sepanjang perjalanan perlu mengikuti pelbagai prosedur sebaik tiba di lapangan terbang," katanya yang berasal dari Tamparuli.
Chie Loong bersama dua anaknya Ryan Yap (kanan) dan anak sulungnya, Melanie Mia, 16, sebaik tiba di KKIA, Kota Kinabalu semalam.
Bapa Ryan Yap, Yap Chie Loong, 43, pula bersyukur kerana Kumpulan Yayasan Sabah berusaha membantu membawa pulang semua pelajar termasuk dua anaknya yang belajar di Semenanjung.
"Kami semua risau dengan pandemik Covid-19 namun saya percaya Yayasan Sabah sudah melakukan yang terbaik termasuk membawa pulang semua pelajar ke Sabah," katanya.
Terdahulu, turut menyambut ketibaan semua pelajar berkenaan ialah Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendudukan Kumpulan Yayasan Sabah, Bahiwata S Mulia.
Ghulam dalam pada itu turut berkata, seramai 93 pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah dari 30 sekolah di Semenanjung dibawa pulang termasuk 84 orang tiba semalam di Kota Kinabalu.
"Hari ini (semalam), kumpulan pertama melibatkan seramai 84 pelajar sekolah menengah balik ke Kota Kinabalu, termasuk tiga pelajar yang balik ke Lahad Datu dan 15 pelajar yang akan balik ke Tawau tiba di KKIA. Seramai sembilan lagi pelajar akan pulang ke Sandakan dari Kuala Lumpur pada Jumaat ini.
"Proses membawa pulang pelajar diatur secara berperingkat berdasarkan pematuhan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM di mana sebelum pulang ke Sabah, semua pelajar ditempatkan di Wisma Yayasan Sabah di Jalan Ampang dan Asrama Adni, Kuala Lumpur," katanya.
Tambah beliau lagi, kesemua pelajar itu telah menjalani ujian saringan Covid-19 di Kuala Lumpur dan akan dikuarantin di rumah masing-masing.
"Mereka dijangka akan berada di Sabah sehingga sekolah dibuka semula pada 20 Januari depan," katanya.
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.