Tun M sedia jadi saksi kes saman Azmin Ali
Iklan
Dr Mahathir ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa beliau bersedia menawarkan diri menjadi saksi di mahkamah bagi kes saman melibatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, terdapat beberapa pernyataan yang difailkan oleh 10 orang pengundi berdaftar kawasan tersebut itu dilihat selari dengan apa yang beliau kemukakan sebelum ini berkenaan dengan kejadian seperti Langkah Sheraton dan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Iklan
Iklan
Justeru, beliau berpendapat bahawa mahkamah merupakan tempat yang paling sesuai untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan oleh 10 plaintif yang memfailkan tindakan itu dan beliau melihat ia sebagai satu proses yang mematangkan pendemokrasian negara.
"Saya dapati pernyataan tuntutan mengandungi antara lain Langkah Sheraton dan penubuhan kerajaan PN memecah-belah gabungan Pakatan Harapan (PH), kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat.
Iklan
"Terdapat juga pernyataan bahawa saya tidak menghadiri pertemuan di Hotel Sheraton pada 23 Februari lalu. Juga dinyatakan saya telah meletak jawatan pada 24 Februari 2020. Ini adalah seperti selalu saya tekankan bahawa perpecahan gabungan PH adalah akibat dari Langkah Sheraton.
"(Untuk itu) Saya sedia menawarkan diri sebagai saksi di mahkamah sekiranya keterangan saya diperlukan. Saya sedia membantu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini.
Iklan
Terdahulu, seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari melalui Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan PH tumbang Februari lalu.
Kesemua mereka, selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Yohendra Nadarajan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 27 November lalu dengan menamakan Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selaku defendan tunggal.
Melalui semakan mahkamah, kes itu ditetapkan Jumaat ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Maslinda Selamat.
Dalam penyataan tuntutan memohon perisytiharan, antaranya Mohamed Azmin ialah pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab selaku Ahli Parlimen Gombak terhadap kawasan Parlimennya termasuk 10 plaintif itu.
Mereka juga memohon perisytiharan bahawa Mohamed Azmin melanggar kewajipan fidusiari menipu selain memungkiri representasi yang dibuat terhadap kesemua plaintif dalam pilihan raya kawasan berkenaan.
Menurut kesemua plaintif, representasi yang dibuat Mohamed Azmin itu adalah dengan menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu untuk menyingkirkan kerajaan pada ketika itu iaitu Barisan Nasional (BN) dan pegawai awam yang korup.
Dakwa kesemua plaintif, Mohamed Azmin hanya mengetahui bahawa representasi diberikannya itu adalah palsu dan beliau hanya mahu mendapatkan undi serta tidak berusaha untuk memenuhi representasi berkenaan.
Kesemua plaintif mendakwa mereka bergantung kepada representasi tersebut dan mengundi defendan dalam PRU14.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.