Celcom pacu RM256 juta pelaburan rangkaian
Iklan
Menjelang Februari 2021, Celcom menyasarkan sebanyak 4,700 tapak rangkaian, 49 peratus di kawasan bandar dan 51 peratus di kawasan luar bandar untuk dinaik taraf.
CELCOM Axiata Berhad (Celcom) memacu kira-kira RM256 juta pelaburan rangkaiannya bagi menaik taraf kapasiti rangkaian dan membina lebih banyak menara komunikasi 4G di seluruh negara untuk menambah baik liputan dan kualiti 4G di kawasan pedalaman dan bandar.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, pelaburan rangkaian yang dipacu oleh Celcom daripada 2020 akan disokong dengan modal pelaburan yang diperuntukkan pada tahun kewangan 2021.
Iklan
Iklan
Menurutnya, menjelang Februari 2021, Celcom menyasarkan sebanyak 4,700 tapak rangkaian, 49 peratus di kawasan bandar dan 51 peratus di kawasan luar bandar untuk dinaik taraf dan dioptimumkan dengan naik taraf kapasiti, pemasangan peralatan 4G yang baharu.
Idham
"Ini meliputi naik taraf dan optimisasi hampir 1,000 tapak rangkaian 4G di Sabah dan Sarawak bagi menambah baik liputan 4G di kawasan pedalaman.
Iklan
"Celcom akan meneruskan usaha program optimisasi kluster seluruh negara bagi 3,600 tapak lagi bagi mempertingkatkan kapasiti dan menyelesaikan masalah ‘buffering’ serta menyediakan kualiti panggilan suara dan video untuk pelanggan, yang dijangka selesai menjelang Ogos 2021,” katanya dalam satu kenyataan.
Idham berkata, Celcom akan terus mara dalam usaha optimisasi liputan, kapasiti dan daya tahan rangkaiannya, melalui pelaburan yang dipacu di kawasan yang amat memerlukan dan menggunakan teknologi akses radio yang terkini.
Iklan
"Usaha penambahbaikan dan optimisasi bagi memastikan impak minimum atau tiada langsung akan dialami dalam perkhidmatan rangkaian kami,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>