Adun Chenor santuni warga Tiong Hua

Iklan
Mujibur (kiri) bersalaman dan menyantuni warga Tiong Hia Dun Chenor.

CHENOR - Menyantuni masyarakat Tiong Hua sempena Tahun Baru Cina tahun ini menyerlahkan lagi toleransi hidup bermasyarakat, pelbagai kaum.

Adun Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak berkata, sekitar 13 keluarga disantuni dengan progran ziarah dab menyampaikan hamper Tahun Baru Cina kepada mereka dalm satu program ziarah, semalam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, objektif ziarah adalah untuk menunjukkan kerukunan dalam masyarakat setempat dan prihatin Adun terhadap rakyatnya tanpa memilih kaum tertentu sahaja.

"Di antara ajaran Islam juga meminta berlaku adil kepada semua rakyat dalam masyarakatnya.

Iklan

"Saya mengambil kesempatan mengucapkan Happy Chinese New year kepada kaum Tiong Hua di Dun Chenor khususnya dan Malaysia am nya.

"Semoga dengan kedatangan tahun baru ini dapat memberi kegembiraan dan keharmonian dalam berkeluarga dan bermasyarakat," katanya kepada media, semalam.

Iklan

Antara kawasan terlibat dalam kunjungan ialah, Pekan Awah; Batu 13; Kg Embun; Bandar Baru Chenor dan Bandar lama Chenor.