Polis siasat dakwaan anggota pukul pekerja Myanmar
Iklan
SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dakwaan seorang anggotanya memukul pekerja kilang warga asing dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Jasmin, Senawang di sini dan klip video kejadian ditularkan menerusi media sosial petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai klip video berkenaan dan siasatan dijalankan bagi mengesahkan sama ada benar anggota polis terlibat dalam kejadian itu.