SEREMBAN - Seramai 5,379 penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar selewat-lewatnya minggu kedua Januari 2021.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika mengumumkan perkara itu pada pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020 (Belanjawan 2021) Negeri Sembilan berkata, ia bagi menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam dalam memastikan jentera pentadbiran negeri terus beroperasi walau dalam situasi yang serba mencabar ini.