Pembangunan Xinjiang bercirikan China
Iklan
20 September: Sepasang suami isteri menunjukkan sulaman yang dihasilkan di koperasi kraftangan di Aketao County, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Pasangan ini menubuhkan koperasi dan telah menyediakan peluang pekerjaan untuk 20 isi rumah yang berdekatan. - Gao Han/Xinhua
BEIJING - Presiden China, Xi Jinping menggesa usaha jangka panjang untuk mengembangkan Xinjiang supaya menjadi wilayah yang bersatu padu, harmoni, makmur dan berbudaya maju dengan ekosistem yang sihat.
Jinping membuat kenyataan itu semasa simposium kerja berkaitan Xinjiang kali ketiga yang diadakan di Beijing pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Berkat usaha gigih dari semua pihak sejak simposium kerja berkaitan Xinjiang kali kedua pada tahun 2014, kemajuan telah dicapai dalam gerak kerja berkaitan Xinjiang, kata Jinping dengan menyebut satu siri peningkatan petunjuk utama yang ketara dari 2014 hingga 2019 seperti momentum ekonomi yang kukuh dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahunan pada tahap 7.2 peratus.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Selain itu katanya, taraf hidup rakyat meningkat dengan ketara dengan pertumbuhan tahunan pendapatan per kapita kediaman sebanyak 9.1 peratus dan lebih daripada 2.92 juta daripada 3.09 juta orang dikeluarkan daripada kemiskinan.
kata Jinping lagi, situasi yang baik di mana orang ramai tinggal dan bekerja dalam kepuasan telah meletakkan asas yang kukuh untuk keamanan dan kestabilan jangka panjang di Xinjiang.
"Fakta telah membuktikan bahawa usaha China dalam hal ehwal etnik telah berjaya," katanya sambil menegaskan pencapaian tersebut adalah hasil usaha seluruh rakyat China termasuk lebih 25 juta orang daripada pelbagai etnik di Xinjiang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>