Pastor OKU ditahan bantu siasatan kes cabul

Iklan
Sahabudin Abd Manan

GEORGETOWN - Seorang pastor warga Korea yang juga orang kurang upaya (OKU) direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul membabitkan beberapa orang mangsa di negeri ini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, lelaki berusia 54 tahun itu ditahan di sebuah gereja pada jam 8.30 malam semalam selepas polis menerima laporan daripada individu yang mendakwa sebagai mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek melakukan perkara itu terhadap mangsa yang kesemuanya lelaki OKU.

"Saya difahamkan terdapat (beberapa) laporan di negeri lain berhubung kes sama.

Iklan

"Di Pulau Pinang, kita menerima beberapa laporan daripada mangsa yang merupakan lelaki OKU (bisu dan pekak) di beberapa kawasan termasuk dua di daerah Seberang Perai Utara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sahabudin berkata, polis turut merampas telefon bimbit daripada pastor yang juga OKU pekak dan bisu bagi membantu dalam siasatan.

Iklan

"Saya minta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi. Kami akan menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap suspek yang bertugas sebagai paderi di sebuah gereja itu,” katanya.

Difahamkan kejadian cabul itu berlaku sejak beberapa tahun lalu dan ia dilakukan oleh suspek ketika dalam kenderaan atau di rumah.