Bukan mudah mencari pengganti Abu Kassim - Muhyiddin
Iklan
Muhyiddin (kiri) dan Abu Kassim (kanan) merakamkan gambar bersama ketika sesi kunjungan hormat perpisahan semalam
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan tidak mudah mencari pengganti Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang akan bersara wajib mulai 5 Disember depan.
"Beliau yang saya kenali ini merupakan seorang yang sangat proaktif, punya banyak buah fikiran untuk menambah baik tadbir urus negara, tegas dan pastinya seorang yang berintegriti dan komited terhadap tugasan digalasnya.
Iklan
Iklan
"Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang bertujuan menangani isu tadbir urus, integriti dan antirasuah secara menyeluruh juga antara inisiatif yang dibangunkan oleh GIACC di bawah kepimpinan beliau dan dilancarkan pada Januari 2019," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Abu Kassim semalam yang sebelum ini merupakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Oktober 2010 hingga Julai 2016.
Iklan
Muhyiddin berkata, beliau sangat menghargai segala usaha dan sumbangan yang diberikan Abu Kassim dalam usahanya memerangi rasuah dan memastikan integriti tadbir urus negara berada pada tahap yang tertinggi.
"Syabas dan tahniah saya ucapkan. Saya doakan semoga Tan Sri sentiasa dirahmati ALLAH SWT dan dikurniakan kebahagiaan," katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>