Mengamuk tak dapat wang beli dadah, lelaki bakar motosikal
Iklan
KEPALA BATAS - Gara-gara tidak memperoleh wang seperti yang diminta, seorang lelaki membakar motosikalnya selepas mengamuk dalam kejadian di Paya Keladi Hujung di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu suspek dikatakan berang apabila ibu bapanya enggan memberi wang dipercayai untuk membeli dadah.