7,000 akaun terjejas gangguan bekalan air Selasa ini
Iklan
Beberapa kawasan yang mendapat bekalan daripada loji rawatan air (LRA) Jeneri akan mengalami gangguan bekalan air pada Selasa ini bermula jam 8 pagi hingga jam 6 petang. Gambar hiasan 123RF
ALOR SETAR - Beberapa kawasan yang mendapat bekalan daripada loji rawatan air (LRA) Jeneri akan mengalami gangguan bekalan air pada Selasa ini bermula jam 8 pagi hingga jam 6 petang susulan pengurangan operasi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan di loji itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Mohd Suhaimi Mohd Jusoh berkata, kawasan terjejas ialah Kampung Bendang Raja, Kampung Syed Ahmad, Kampung Tok Set, Kampung Pokok Asam, Kampung Belat, Titi Akar dan Sungai Tiang.
Iklan
Iklan
"Kawasan lain ialah Padang Durian, Kampung Sewa, Padang Pusing, Bukit Tegur, Bendang Pulai dan beberapa kawasan lain di sekitar kawasan-kawasan yang disebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, dianggarkan sebanyak 7,000 akaun akan mengalami gangguan bekalan air yang disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan kecemasan itu.
Iklan
Iklan
"Sehubungan itu, pihak SADA memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pengguna terlibat,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>