PUTRAJAYA - Penubuhan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara mencerminkan keseriusan kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi digital bersifat inklusif dengan memanfaatkan sepenuhnya teknologi 4IR, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Majlis tersebut yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berfungsi sebagai tadbir urus tertinggi dalam menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital dan 4IR di negara ini.