NUFAM cadang serap kru kabin bantu barisan hadapan
Iklan
NUFAM
SHAH ALAM - Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) memohon kerajaan agar mempertimbangkan cadangan mereka supaya menyerap kakitangan kru kabin yang diberhentikan kerja ke dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sekretariat NUFAM dalam satu kenyataan berkata, ia bertujuan untuk membantu dan menampung kakitangan barisan hadapan yang mungkin tidak mencukupi dalam menangani kes pandemik koronavirus (Covid-19) yang sedang meningkat tinggi di dalam negara.
Iklan
Iklan
"Semua kakitangan terbabit telahpun dilatih sepenuhnya dan mereka mempunyai pengalaman yang cukup luas untuk membantu barisan hadapan kerajaan.
"Dengan adanya peluang ini, kakitangan kru kabin boleh membantu mana-mana bahagian barisan hadapan termasuklah polis bantuan dan juga Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Iklan
"Mereka sudah dilatih dari segi mental dan fizikal untuk menjaga keselamatan penumpang di dalam kapal sewaktu situasi kecemasan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Pada masa sama, NUFAM berkata, kemahiran dan daya minda yang tinggi bagi menghadapi masa dan keadaan cemas juga amatlah diperlukan ramai pihak.
Iklan
Katanya, kakitangan kru kabin tidak memerlukan sebarang latihan penuh kerana masing-masing sudah mempunyai pengalaman lama dalam bidang barisan hadapan.
"Justeru, kami berharap kerajaan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengambil perhatian kepada cadangan ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>