Rentas negeri antara zon hijau dibenarkan mulai Ahad ini

Iklan
Pergerakan rentas negeri dan daerah membabitkan negeri-negeri hijau itu dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran polis mulai 22 November ini.

KUALA LUMPUR - Bagi merancakkan semula pelancongan domestik, kerajaan hari ini bersetuju membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri, membabitkan negeri-negeri zon hijau mulai Ahad ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas daerah dan negeri membabitkan negeri-negeri hijau itu, dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

"Pergerakan rentas daerah/negeri dari negeri hijau ke daerah hijau di negeri merah, juga dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran pihak PDRM.

"Kelonggaran perjalanan domestik itu akan menggunakan aplikasi My Sejahtera, bagi menentukan seseorang itu datang dari zon hijau,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di sini hari ini.

Menurutnya, Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) secara terperinci dalam masa terdekat. - Bernama

Iklan

AKAN MENYUSUL